Tag: BBQ

  • Mondikot Deer Camp, Papar

    Mondikot Deer Camp, Papar

    Kawasan perkhemahan ini terletak di Kampung Mondikot, lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Keindahan sungai Papar yang bersih di samping suasana persekitaran alam semulajadi menjadikan tempat ini sebuah tempat yang ideal untuk anda meluangkan masa hujung minggu.

    Bunyi kicauan burung, cengkerik dan sekali sekala rusa bersahutan memberikan suasana yang damai dan tenang di Mondikot Deer Camp.

    Bagi anda yang pilih untuk berkhemah, pihak Mondikot Deer Camp menyediakan kemudahan seperti bilik mandi dan tandas, tapak unggun api, dapur, BBQ pits, kawasan rekreasi dengan dining hall serta kawasan terbuka yang luas untuk aktiviti. Suhu pada waktu malam agak sejuk, jadi sedia bawa baju sejuk atau selimut dan ubat nyamuk (jika perlu).

    Di samping menyediakan camping ground, Mondikot Deer Camp juga menyediakan pakej penginapan bagi keselesaan pengunjung seperti studio chalet dengan kemudahan bilik air. Studio chalet ini boleh disewa pada kadar RM210.00 semalam.

    Aktiviti di Mondikot Deer Camp

    Banyak aktiviti anda boleh lakukan di sini, sesuai untuk aktiviti berkumpulan bersama keluarga dan rakan rakan.

    • Jungle trekking (sila bawa kasut yang sesuai)
    • Hiking (sila bawa kasut yang sesuai)
    • Star gazing
    • Trail orienteering
    • Berkayak
    • Berakit
    • Bird watching
    • Mountain biking
    • Di musim buah, pengunjung akan dapat merasa buah-buahan yang ditanam di sini

    Kadar bayaran untuk berkhemah di Mondikot Deer Camp

    2 Hari / 1 malam
    RM35.00 per pax twin sharing
    RM25.00 untuk kanak kanak di bawah umur 12 tahun
    Tiada bayaran untuk kanak-kanak dibawah umur 3 tahun yang berkongsi khemah dengan ibu bapa
    RM60.00 untuk pengunjung yang pilih single supplement tent (khemah tambahan single)
    Sila hubungi Mondikot Deer Camp untuk maklumat terkini berkenaan kadar bayaran ditetapkan.

    Tempah penginapan di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu dengan Agoda.com

    Hubungi Mondikot Deer Camp untuk tempahan

    Whatsapp+6019 880 1597
    +6016 8100 581
    Emelmondikotdeercamp@gmail.com
    FacebookMondikot Deer Camp

    Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini di FB Mondikot Deer Camp. Sebagai makluman, pemilik hanya menerima pengunjung yang membuat tempahan terlebih dahulu kerana lokasi ini terletak di dalam kawasan persendirian.

    Booking.com

    Lokasi Mondikot Deer Camp