Kawasan perkhemahan ini terletak di Kampung Mondikot, lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Keindahan sungai Papar yang bersih di samping suasana persekitaran alam semulajadi menjadikan tempat ini sebuah tempat yang ideal untuk anda meluangkan masa hujung minggu.
Bunyi kicauan burung, cengkerik dan sekali sekala rusa bersahutan memberikan suasana yang damai dan tenang di Mondikot Deer Camp.
Bagi anda yang pilih untuk berkhemah, pihak Mondikot Deer Camp menyediakan kemudahan seperti bilik mandi dan tandas, tapak unggun api, dapur, BBQ pits, kawasan rekreasi dengan dining hall serta kawasan terbuka yang luas untuk aktiviti. Suhu pada waktu malam agak sejuk, jadi sedia bawa baju sejuk atau selimut dan ubat nyamuk (jika perlu).
Di samping menyediakan camping ground, Mondikot Deer Camp juga menyediakan pakej penginapan bagi keselesaan pengunjung seperti studio chalet dengan kemudahan bilik air. Studio chalet ini boleh disewa pada kadar RM210.00 semalam.
Aktiviti di Mondikot Deer Camp
Banyak aktiviti anda boleh lakukan di sini, sesuai untuk aktiviti berkumpulan bersama keluarga dan rakan rakan.
- Jungle trekking (sila bawa kasut yang sesuai)
- Hiking (sila bawa kasut yang sesuai)
- Star gazing
- Trail orienteering
- Berkayak
- Berakit
- Bird watching
- Mountain biking
- Di musim buah, pengunjung akan dapat merasa buah-buahan yang ditanam di sini
Kadar bayaran untuk berkhemah di Mondikot Deer Camp
| 2 Hari / 1 malam |
| RM35.00 per pax twin sharing |
| RM25.00 untuk kanak kanak di bawah umur 12 tahun |
| Tiada bayaran untuk kanak-kanak dibawah umur 3 tahun yang berkongsi khemah dengan ibu bapa |
| RM60.00 untuk pengunjung yang pilih single supplement tent (khemah tambahan single) |
Tempah penginapan di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu dengan Agoda.comHubungi Mondikot Deer Camp untuk tempahan
| +6019 880 1597 +6016 8100 581 | |
| Emel | mondikotdeercamp@gmail.com |
| Mondikot Deer Camp |
Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini di FB Mondikot Deer Camp. Sebagai makluman, pemilik hanya menerima pengunjung yang membuat tempahan terlebih dahulu kerana lokasi ini terletak di dalam kawasan persendirian.
Booking.com
Leave a Reply