Terletak di Kampung Mandalipau, Papar, lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Lokasi sedikit terpencil tetapi boleh dilalui kenderaan kerana ada kemudahan jalan raya yang baik dan papan tanda disediakan bagi kemudahan pengunjung. Untuk lebih kepastian, sila gunakan Google Maps untuk dapatkan lokasi tepat.
Tempat ini antara tempat yang paling popular di Papar. Tidak hairanlah kalau ia sentiasa dipenuhi pengunjung terutamanya pada waktu hujung minggu atau cuti sekolah. Dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.0 petang, lokasi ini menjadi pilihan untuk berkelah, berkemah atau melakukan aktiviti lasak seperti boat rafting, zip line, bermain rakit atau kayak dan hiking. Jika anda berminat untuk menganjurkan acara di sini, dewan juga disediakan dan boleh disewa pada kadar yang ditetapkan.

Bagi anda yang mahu berkelah bersama keluarga atau kawan kawan, kanopi, meja dan ruang untuk BBQ turut disediakan pada kadar sewa yang berpatutan.
Sebagai peringatan, sila jaga kebersihan dan jangan buang sisa makanan atau pembungkus makanan anda ke sungai atau di tepi sungai. Selain mencemar alam sekitar, ianya akan menjadi punca penyakit seperti leptospirosis atau dikenali sebagai kencing tikus.
Kadar bayaran
Pengunjung yang datang ke tempat ini dikenakan bayaran *RM 3.00 seorang bagi orang dewasa atau kanak-kanak berumur 7 tahun keatas.
Manakala bayaran bagi aktiviti seperti zip line, boat rafting, dan lain-lain, sila hubungi pihak pengurusan di talian 013-879 0994.
Sebagai langkah keselamatan, semua pengunjung yang mahu mandi sungai atau lain lain aktiviti digalakkan untuk memakai jaket keselamatan yang disediakan. Walaupun sungai ini tidak mengalir deras (kecuali pada musim hujan), tetapi ianya dalam. Jangan risau, di kawasan utama terdapat bahagian yang cetek dan batuan sungai membolehkan anda mandi manda dengan air sungai yang menyegarkan.
Penginapan Chalet di Mandalipau White Water View & Fishpond
Jika anda berminat untuk bermalam di Mandalipau White Water View & Fishpond, pemilik menyediakan penginapan chalet diberi nama D’Roses Chalet. Ianya sesuai untuk mereka yang mahukan keselesaan seperti bilik tidur dilengkapi pendingin hawa, dapur yang lengkap dengan peti sejuk, meja makan dan dapur. Tandas dan kamar mandi juga dilengkapi kemudahan heater.
Mandalipau White Water View & Fishpond Zip Line
Mandalipau White Water View & Fishpond Rafting
*Pertanyaan berkenaan harga bayaran atau kadar penginapan bermalam
Miss Rose | 013-879 0994 |
Willnah Fredoline | 014-870 7383 |
Laman Sosial | FB Mandalipau White Water View & Fishpond |
No Responses